Feeds:
Posts
Comments

SAYANG PENYEWA

Disebabkan tandas mengalir akibat dari kebocoran dan ditambahkan lagi dengan ketiadaan tukang kerana cuti Raya China. Admin terpaksa buat sendiri tampalan sementara di Tandas. Hampir beberapa jam bergelumang di tandas demi penyewa yang tercinta. Tidakkan seorang Tuan Rumah ingin melihat penyewanya kesusahan.

Untuk di jadikan tambahan dari cerita ini adalah rumah ini telah di sublet kepada kawan admin. Oleh itu, penyewa tersebut tidak tak tahu yang adminlah owner mu:)

Inilah kasih sayang seorang TUAN RUMAH kepada PENYEWA (sublet) dan kepada PENYEWA. Dengan harapan duit sewa jangan lambat bayar ye. kikikiki

TANDAS 1

TANDAS 3

TANDAS 3

Siapa LELAKI

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda.

Dia korbankan coklat ..nya.. untuk adik beradik ..nya.

Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua nya tersenyum.

Dia membelanjakan kesemua duit ..untuk beli hadiah untuk .. .. yang dia cinta .. hanya untuk melihat dia tersenyum

Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2…… dengan bekerja lewat malam .. tanpa sebarang keluhan.

Dia bina .. masa depan mereka sekelurga ..dengan membuat pinjaman daripada bank dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.

Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu , isteri dan boss .

Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain

Kalau dia keluar rumah .., org kata dia lalai ..

Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas

Kalau dia marah anak2 , org kata dia raksaksa..

Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab

Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong

Kalau dia benarkan isteri bekerja, org kata dia makan hasil isteri.

Kalau dia dengar cakap emak , org kata dia anak emak

Kalau dia dengar cakap isteri , org kata dia kena Queen Control

Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.

Berbaloi dihantar ke semua lelaki supaya mereka tersenyum & kepada semua wanita supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga..

[MBSA] Payung free

Terima kasih kerana MBSA kerana menghadiahkan payung-payung ini kerana admin melunaskan cukai taksiran untuk semua rumah sewa pada tahun 2015. Walaupun tak banyak tapi serba sedikit gembira dihargai dengan hadiah payung sebegini. Rasanya admin juga akan buat seperti ini kepada semua penyewa admin spt bayar setahun sewa free 3 bulan sewa berikutnya. Baru penyewa sayang pada admin kot. kikiki.

Pesanan daripada MBSA, jika lewat bayar anda akan didenda RM 20. GIVE AND TAKE la tu agaknya🙂

Payung free

Penghujung 2014, admin telah menerima satu surat dari LHDN mengenai TAX untuk semua sewaan rumah sewa! Akibat tidak mengistiharkan pendapatan sewa 2014, denda sebanyak RM 3,XXX.XX telah diterima dari LHDN. Kepada semua tuan rumah yang buat pendapatan rumah sewa, anda hendaklah mengistiharkan pendapatan termasuk semua pebelanjaan yang dibenarkan sahaja. Admin akan cerita lebih lanjut selepas kes ini selesai.

p/s: Lama tak update cerita kerana semua rumah sewa telah disewakan dan tiada cerita yang menarik kerana penyewa membayar dengan begitu cantik. Terima kasih penyewa-penyewa kesayangan hamba

1) Seksyen 19
2) Seksyen 7
3) Otomobil 1
4) Otomobil 2
5) Sabak Bernam

yang benar,

Tuan rumah ohsem🙂

Alhamdullilah. Pada beberapa hari yang lalu rumah sewa di seksyen 19 telah berjaya disewakan pada seorang kawan yang baru untuk dalam dunia sublet ini. Harap boleh terus menjaga rumah dalam keadaan yang baik. Setelah tamat penyewaan dengan tenant yang dikategorikan grade A hanya beberapa minor pembaikkan yang perlu dibuat. Antaranya

1) Pembersihan rumah

2) Katil

Eh, hanya 2 sahaja ke? jawapannya adalah betul, hanya dua benda ini sahaja yang perlu dibaiki untuk membolehkan rumah ini menjadi rebutan. Terkenang kembali setahun yang lepas, kos membaik pulih rumah sekitar RM 30, 000. 00 termasuklah

1) Cat satu rumah (luar dan dalam)

2) Tingkap (tukar ke casement)

3) Grill

4) Sedikit pagar (naikkan batu)

5) tandas

6) Lantai

7) Bumbung

 

Jom kita usha skit rumah baru yang dah disewakan ni🙂

Ruang tamu

Ruang tamu

Depan rumah

Depan rumah

Master bedroom

Master bedroom

master bedroom

master bedroom 1

master bedroom

Bilik no 2

Bilik no 2

PERSOALAN 2014 !

1) Adakah patut naikkan sewa rumah sealiran dengan kenaikkan taraf?
2) Jika YA bagaimana?
3) Adakah ada lagi orang yang mahu sewakan rumah dengan keadaan ekonomi yang tidak baik?
4) Bagaimana untuk mengatasi masalah jika rumah tidak disewakan dalam tempoh masa yang panjang?
5) Apakah tindakan yang terbaik untuk memastikan rumah sentiasa disewakan?

Permulaan 2014 dimulakan dengan persoalan-persoalan berikut!

Alhamdulillah. Sekelip mata sudah setahun sudah menyewakan rumah di Seksyen 19. Hanya tinggal sebulan lagi kontraknya akan tamat. Bersyukur kerana mempunyai penyewa yang terbaik bagi ii kerana tidak pernah lewat untuk membayar sewa. Adakah ii, akan bertemu lagi penyewa sebegini atau sebaliknya.

Berkemungkinan besar penyewa ini akan keluar rumah kerana mengikut kata-kata isterinya, suaminya telah membeli rumah baru untuk keluarga. Tapi ii berharap dia akan tinggal untuk setahun dua lagi di rumah itu. Sebagai tuan menguruskan rumah, memang tak payah pening kepala untuk memikirkan sangat rumah lagi-lagi duit sewa. Hujung bulan, senang hati sahaja tunggu duit sewa rumah.

Perancangannya adalah selepas raya ini, ii akan iklankan semula untuk rumah ini. Kepada mereka diluar sana, kalau tengah cari rumah sewa boleh comment kat bawah ini🙂

Detail rumah

1) Sewa RM 1600
2) Rumah teres 2 tingkat
3) Fully furnish (2 aircon lagi)